Selasa, 11 Ogos 2009

Bengkel Pilihan

ZUL MOTORSPORT MEMACU KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN

Salam Sume kekawan..erm..kalu korang nak kenal ni ler bengkel pilihan hatiku serta pujaan ku.Sebab....dulu aku ler manager kat kedai ni.So penat jerit nak dapat duit dulu aku tau ler cam ner sepanjang jadik kuli ngan tokey.Tapi sekarang alhamdulillah selepas adik aku amik alih..kedai ni makin maju serta berwawasan.


Pengalaman kerja dalam suasana teruk serta terpaksa bergelumang ngan minyak memang sudah sebati ngan jiwa aku.Walaupun kerja bengkel masa tu tidak sehebat kerja government or kerja2 pejabat.Tapi hasilnya agak lumayan...(kan 9/10 rezeki tu datang dari bisnes)

Dalam mencari rezeki ni,bagi aku tidak perlulah memilih.yang penting bila buat kerja ikhlas dan hati senang kalu kita kerja.Macam2 ler...tepuk dada tanya iman cam ner.nak seribu daya x nak x payah buat.Sudah menjadi adat orang kita bila kita senang..orang dengki,bila kita susah orang tepuk tangan.bukan nak tolong menolong.whatever jer la...persetankan aper orang nak kata.x gitu?

Etika dalam perniagaan perlu diutamakan..Kepuasan pelanggan adalah mutu utama perkhidmatan kami.Selain memberi perkhidmatan,persahabatan sesama pelanggan jugak dititikberatkan.Sekiranya berlaku masalah kepada jentera yang dibaikpulih(selepas bayaran diterima/lepas repair),pihak kami tidak akan lepas tangan begitu sahaja.So..apa susah2 kan hantar jer kat bengkel.free of charge..

Bekerja sebagai mekanik ni memang kena banyak bersabar.macam2 masalah datang.contohnya ada costumer yang jenis x paham bahasa,penipuan dalam perniagaan,persaingan barangan tiruan,kecurian n macam2 ler.Tapi bagi aku sume tu adalah adat resam dalam perniagaan.Dan yang paling penting,mutu kerja kita tu.Kepuasan pelanggan keutamaan worksyop kami.

Beralamat di bangunan sementara(bangunan asal tengah renovate) Majlis Daerah Setiu,Permaisuri,Trg.Syarikat kami bersedia menjual alat-alat ganti motosikal,Servis serta kerja2 baikpulih motosikal.-Zul Motosport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan