
Kewajiban puasa di bulan Ramadan disebutkan dalam Al Qur’an:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al Baqarah:183)
Alhamdulillah...sekali lagi kita sume diketemukan dengan bulan yang penuh kebaikan serta keberkatan.Bila datangnya ramadhan pasti ia menggembirakan seluruh umat Islam.Pada bulan ini sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. yang memberi erti bahawa pada bulan Ramadhan ini ada 3 keistimewaannya.Pertama,pada permulaannya adalah rahmat,kedua,Pengampunan dari Allah S.W.T dan ketiga Terhindar dari azab api neraka..maka sebagai hamba Allah S.W.T sama2 lah kita rebut peluang yang diberi ini kerana ramadhan akan datang belum tentu kita ketemui lagi.
Ada 10 perkara jika kita tahu tentang ramadhan pasti kita inginkannya sepanjang tahun:-
1. Ada puasa
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan di dalam keadaan beriman dan mengharap-harapkan (janji Allah) maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu (Hadith Riwayat al-Bukhari )
Beza puasa Ramadhan dan puasa pada bulan lain ialah, di bulan Ramadhan sambil puasa, dosa kita akan diampunkan.
2. Ada Gandaan Pahala
Di bulan Ramadhan ini, telalu banyak gandaan pahala yang Allah berikan
3. Berita gembira
i. mengenai dirantainya syaitan
ii. dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka (hampirnya hamba Allah dengan syurga)
4. Ada amaran
i. hilangnya pahala puasa
Berapa ramai orang yang berpuasa tiada baginya pahala melainkan lapar (HRAhmad)
ii. kecelakan orang yang tidak berpuasa dan tidak mendapat ampunan dari Allah
5. Penunaian zakat fitrah
Ia sebagai pembersih bagi diri dan pelengkap pada kekurangan puasa malahan diberi ganjaran yang menunainya dengan kurniaan istana-istana di syurga.
6. Solat Tarawikh
Tidak dijadikan pada bulan lain, hanya bulan Ramadhan sahaja. Kelebihan yang mendirikannya
7. Lailatul Qadar
Nabi memberikan petunjuk iaitu 10 malam akhir pada bulan Ramadhan, ia bermula dari waktu maghrib sampai Subuh. Barang siapa yang beribadah pada malam ini, maka pahalanya lebih baik dari seribu bulan.
8. al-Quran
Allah turunkan al-Quran pada bulan Ramadhan, Nabi selalu mengulangi bacaan bersama jibril pada bulan Ramadhan. Jadi, sunnah mempertingkatkan bacaan al-Quran pada bulan ini.
9. Ada keredhaan
Bulan ini penuh dengan keredhaan Allah jika kita bersungguh di dalam amalan. Kita ke syurga bukan kerana amalan kita, tapi kerana redha Allah pada kita.
10. Idul Fitri
Hari raya sebagai hadiah untuk seseorang bergembira di dalam lingkungan agama. Sunat melahirkan kegembiraan pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan