
Trip memancing pulau Indah kali ini hasilnya agak meriah jika nak dibandingkan ngan trip2 yang lepas.Walaupun banyak kali terlepas ikan yang mungkin ader saizla.kami tidak berputus asa meneruskan usaha sehingga jam 6.00 petang.Ahli yang boleh dianggap berjaya ialah si Janggut.Erm...hasilnya seekor si merah yang boleh dikira juara antara juara ler..tabik ler untuk ko janggut.hehehehehe....maybe next trip geng kita orang lak yang catat rekod.

Orang pertama yang boleh dikira hampir2 nak dapat hasil si Lan ler...tapi nak buat cam ner,masa joran baru jer nak diangkat ikannya sangkut kat coral dalam laut tu.so nak x nak kena ler putuskan tangsinyer jer.So,pada kami ikan yang terlepas tiada gunanya lagi nak dikenangkan.Selang dalam 30 minit kemudian,masing2 joran geng kami mula menampak tanda-tanda ada hasil yang akan kami bawak naik..erm,rupa-rupanya si sayuti ler orang pertama dapat ikan yang dicari2 dalam trip kali ni..alahai leh tahan ler ikannya..setelah hampir 3 jam,kami mula beralih arah mencari lubuk2 yang agak panas.So,tanpa membuang masa geng kami terus menuju ke lubuk yang dikategorikan antara popular ler.
Menurut pakcik tekong,selama beliau menjadi pemandu bot untuk kaki pancing ni,lubuk yang kami tujui tu sudah banyak kali membuahkan hasil yang bersaiz 3-5 kg ke atas..so,geng kami yang mendengarnya x sabar2 lagi ler nak ke sana.Namun,memancing ni mesti kena ingat..kadang tu walaupun pengalaman dah 100 tahun pun,kalu dah xder rezeki kena terima ler ngan hati terbuka kalu x dapat ikan..bagi aku,ikan itu bukan perkara utama,yang paling penting kepuasan diri sendiri.masa kat sana..memang rasanya dah xder ikan kot.
so masing-masing mula menunjukkan muka 10 sen (coz kecewa kot)..hah!!!!tiba-tiba janggut ler orang yang pertama membawa naik seekor merah yang leh tahan gak ler hasilnya.Tapi kegembiraan tu tidak bertahan lama kerana air mula surut.dan kawasan yang kami memancing agak berarus deras.
so,tukar tempat then lepas tu dah x dapat ikan ler..cuma pakcik bawak bot jer berjaya membawa naik seekor kerapu 600 gram.Masing-masing dah kepenatan,so kami membuat 'decision' untuk pulang ke jeti untuk berangkat pulang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan