
Salam Sume....
Menyingkap kembali kepulangan aku ke kampung laman (Sempena Cuti Tahun Baru Cina)..Sempatlah aku luangkan masa bersama kekawan sekampung pegi mancing kat sungai kampung aku..hampir 10 tahun dah aku x mancing kat sungai kampung aku ni...kalu mancing pun masa aku kecik2 dulu ..tu pun pakai 'apollo' jer ...maklumla masa tu mana mampu nak beli joran..
Terletak di kilometer 64 jalan Kuala Terengganu menghala ke Jerteh menjadikan sungai ini ditengah-tengah perjalanan antara dua bandar besar..ini menjadikan sungai ini lokasi pilihan bagi kaki pancing tempatan.
Sungai Setiu menyimpan 1001 khazanah ikan air tawar yang masih belum di terokai.Maklumla...setahu aku orang kampung aku ni bukan minat sangat mancing pun..2 pasal la ikan banyak..hehehehe...Sungai ini juga terkenal dengan udang galah yang bersaiz Giant..


Selain terkenal dengan sang penyepit...Sungai Setiu juga merupakan lubuk bagi ikan air tawar.Memandangkan aliran airnya dari Hulu Setiu menghala ke Hilir Nyatoh.Pelbagai spesis ikan seperti Toman,Kelah,Sebarau dan bermacam-macam lagi spesis boleh diperolehi disini..janji umpan yang dipakai bersesuaian ngan menu ikan disini..Sungai Setiu juga merupakan nadi kepada pesawah di kampung ini.Bulan Mac merupakan bulan yang terbaik untuk pemburu si penyepit membuktikan kehebatan mereka..ini kerana Empangan Setiu mula ditutup untuk membolehkan air sungai disalirkan ke bendang.So,masa inilah waktu yang sesuai untuk peminat udang galah memancing..

Sungai-sungai yang terkenal ngan spesis masing di daerah kami:
Sungai Setiu,Sungai Pelong,Sungai Bukit Putera,Muara Penarik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan