
Sudah menjadi kebiasaan setiap orang yang menceburi bidang fotografi pasti ingin memastikan diri mereka dapat melakukan yang terbaik untuk kepuasan hati dan kehendak pelanggan mereka.Menjadi seorang photographer yang berjaya bukan bermaksud hanya sekadar memiliki kamera Digital SLR yang berharga ratusan ribu semata-mata..kejayaan yang dimaksudkan amatlah luas dan ia umpama tiada had untuk menjadikan seseorang itu photographer yang berjaya..Gabungan antara kreativiti,skill,experience,kemahiran mengendalikan kamera,teknik 'snap',cara merebut peluang serta segala elemen yang melibatkan bidang ini perlu diambilkira.Maka dengan itu lahirlah sebuah forum yang menggabungkan semua photographer dari segenap pelusuk tanah air datang bertandang ke Kuala Lumpur bersua muka bersama-sama demi mencapai objektif yang dimaksudkan dengan 'photographer yang berjaya'.

'Street Fotografi' merupakan tema kali ini..Lokasi yang dipilih ditetapkan sekitar Bintang Walk..ini kerana Bintang Walk merupakan salah satu destinasi pelancong serta tempat tumpuan warga kota..lokasi yang ditentukan sesuai dengan tema yang dipilih..So,tanpa melengahkan masa..semua ahli yang hadir diberi masa selama 3 jam untuk mencari subjek masing-masing..Setiap foto yang dicapture mestilah mempunyai nilai tersendiri ..ini bermaksud foto yang akan diambil bukan ikut sedap ambil..untuk mendapatkan post yang paling baik ia bergantung kepada skill serta kreativiti photographer itu sendiri.Diketuai oleh saudara Ghezet,program yang dianjurkan berjaya memberi peluang kepada mereka yang baru bertukar-tukar idea dan menambah knowledge masing-masing.

setiap peserta yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan..masing-masing bergerak ke laluan yang berasingan..peringkat permulaan,program ini sekadar untuk bersua muka sesama ahli forum..untuk program yang akan datang,setiap photographer berpeluang 'snap' foto model..segalanya bergantung kepada penganjur..akhir kata,aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat serta mereka yang berusaha keras menjayakan program ini..semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang..Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan