Ahad, 4 April 2010
Street Photographer
Rabu, 3 Mac 2010
Gather With ExstRed

Gathering SMTTM Batch 00/01
27hb februari 2010 merupakan pertemuan kali pertama aku with member2 lama zaman sekolah dulu.Walaupun sekadar dinner bersama,ternyata pertemuan itu sedikit sebanyak menyingkapkan kembali zaman sekolah-sekolah dulu..Secara peribadinya program reunion ini mengeratkan kembali hubungan kami rakan-rakan sekolah serta membuatkan mereka yang hadir tersenyum kegembiraan..yerla mana tidaknya dah hampir berapa puluh tahun dah kami tidak berhubung satu sama lain..tau2 malam ni dapat jumpa.Senyum meleretla masing2..teruja n macam2 lagi la...

Program ini diadakan bertujuan untuk menemukan kembali rakan-rakan yang telah terpisah lama disamping berusaha mengadakan aktiviti "ala-ala santai" gitu sesama kami..Maklumla kalu dah jumpa tu takkan asyik nak makan jer..kena la ada aktiviti barula seronok..masa aku baru sampai kat sana adala sorang member tu dah lama tak jumpa,tau2 anak dah 2 orang.Sebagai kawan satu sekolah aku mendoakan agar kalian bahagia hingga akhir hayat..Tahniah diucapkan....


Zaman dah berubah,masing-masing dah berubah.kalu bukan fizikal yang berubah mentaliti antara kami pun dah banyak berubah.Kepada kekawan yang support group ini diharap sentiasa menyokong mereka yang berusaha keras mewujudkan program ini.Secara peribadi,sebagai seorang kawan aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir..Lastly,harapan aku agar group ini paling ramai penyertaan dari kalangan member2 serta kekal buat selamanya..Wassalam..
Rakan Media : Facebook
Sabtu, 20 Februari 2010
Sungai Setiu

Salam Sume....
Menyingkap kembali kepulangan aku ke kampung laman (Sempena Cuti Tahun Baru Cina)..Sempatlah aku luangkan masa bersama kekawan sekampung pegi mancing kat sungai kampung aku..hampir 10 tahun dah aku x mancing kat sungai kampung aku ni...kalu mancing pun masa aku kecik2 dulu ..tu pun pakai 'apollo' jer ...maklumla masa tu mana mampu nak beli joran..
Terletak di kilometer 64 jalan Kuala Terengganu menghala ke Jerteh menjadikan sungai ini ditengah-tengah perjalanan antara dua bandar besar..ini menjadikan sungai ini lokasi pilihan bagi kaki pancing tempatan.
Sungai Setiu menyimpan 1001 khazanah ikan air tawar yang masih belum di terokai.Maklumla...setahu aku orang kampung aku ni bukan minat sangat mancing pun..2 pasal la ikan banyak..hehehehe...Sungai ini juga terkenal dengan udang galah yang bersaiz Giant..


Selain terkenal dengan sang penyepit...Sungai Setiu juga merupakan lubuk bagi ikan air tawar.Memandangkan aliran airnya dari Hulu Setiu menghala ke Hilir Nyatoh.Pelbagai spesis ikan seperti Toman,Kelah,Sebarau dan bermacam-macam lagi spesis boleh diperolehi disini..janji umpan yang dipakai bersesuaian ngan menu ikan disini..Sungai Setiu juga merupakan nadi kepada pesawah di kampung ini.Bulan Mac merupakan bulan yang terbaik untuk pemburu si penyepit membuktikan kehebatan mereka..ini kerana Empangan Setiu mula ditutup untuk membolehkan air sungai disalirkan ke bendang.So,masa inilah waktu yang sesuai untuk peminat udang galah memancing..

Sungai-sungai yang terkenal ngan spesis masing di daerah kami:
Sungai Setiu,Sungai Pelong,Sungai Bukit Putera,Muara Penarik
Rabu, 6 Januari 2010
Kelong Kupang

Ha....kawan2 aku nak promote satu tempat agak menarik ler jugak untuk korang sume..Just untuk kita share..Kepada yang berminat nak mancing ala koboi..jom datang kat Kelong Kupang (Sabak Bernam).so,kat sini aku explain kat korang sedikit info mengenainya..
-Perjalanan dari KL ke Sabak Bernam (1 1/2 jam)
-Naik dari Jeti perikanan 500 meter dari Jeti Kelong Paradise(just 15 minit menuju ke Kelong)
-Dikenali Kelong Kupang kerana sini memang tempat menternak kupang.

-2 bilik boleh sumbat 6 orang
-dapur
-Air tawar
-generator
-Tandas(koboi)
-sewa bot
Spesis Ikan
-macam2 ada..sembilang,pari,bawal,kerapu,malong
Harga
-Rm35 sekepala (sehari semalam + hantar+jemput balik)
-sewa Rm150 sehari
-umpan terpulang nak order berapa
-RM80 seorang...ahli komplot 6 orang (makan+kelong+sewa bot+umpan+ais dll)
nak tau lebih detail contact En.Anuar (017-3397120)

JOM CUTI-CUTI 1 MALAYSIA : REHATKAN MINDA
Isnin, 4 Januari 2010
Lensa Penulis

'Malu Bertanya Sesat Jalan'...itulah pepatah yang selalu aku guna dalam mencari sesuatu yang aku kehendaki.Bahkan makin aku bertanya makin banyak yang aku tidak ketahui.Makin banyak aku belajar makin banyak yang aku tidak kuasai..
Dalam mencari rezeki tiada apa yang tidak pernah aku lalui..dan Dalam mencari Cinta sampai sekarang belum aku temui..Pedulikan ia agar tidak menyeksa diri.Makin difikir makin kusut kepala ni..Apa yang dicapai hari ini KurniaanNya yang jarang ku syukuri...kenapa jadi begini..Lemahnya iman di hati..Ku pohon Keampunan dariMu Illahi..agar bertambah kesabaran ini..
Apa yang dikejar belum ku temui..bahkan makin jauh untuk dikejari..Mencari rezeki di seluruh negeri agar aku berjaya suatu hari nanti...Setiap yang aku jalani mestilah berpegang teguh kepada jati diri...agar tidak sesat di kemudian hari.
Belajar berdikari..penuh erti bagi diri..sabar dalam menempuh hidup ini..Apa yang dilakukan mestilah mempunyai seni...agar dinilai penuh teliti..
Pendek kata : "itulah diri ini"
Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum...w.b.t
Salam Tahun Baru sume...
Kepada rakan-rakan yang mengikuti perkembangan blog ni...aku mintak maaf banyak2 coz lama dah x update..hehehehehe...ada kesilapan teknikal..ntah cam ner la beb..tetiba aku lupa lak password blog aku sendiri.ni pun mujur teringat balik masa kat dalam jamban..hahahahaha....
Sorry sume...untuk pengetahuan rakan2 kalian,tahun ni mungkin perkembangan edisi pancing jiggermaster kureng ckit..kenapa??ha....nak tau.ramai rakan2 pancing aku dah mendirikan rumah tangga..so,paham2 jer la...pengantin baru.komitmen banyak beb!!hehehehehehe...whateverpun aku jugak mengharapkan penglibatan rakan 'team' baru..penyertaan dialu2kan.Insyaallah kalu ada aktiviti lagi aku upload untuk tatapan pengunjung blog ni...
Sabtu, 10 Oktober 2009

TOMAN SEKSYEN 10
Salam sume rakan2..
Hari ni aku ader berita baik nak bagitau korang sume..kepada kaki pancing yang dok dekat ngan umah aku jom singgah kat tasik ni(nak tau lebih detail call aku).Kenapa erk???
Ha ni la korang sume x tau..hari ni 10/10/2009 aku sempat singgah mancing kat tasik tu.Untuk makluman korang sumela..kat tasik tu 5-6 kali dah aku cuba nasib..maklumla masih lagi amatur ngan sukan ni.Dalam kul 6 p.m lebih kurang..aku ler pemancing pertama sampai kat tasik tu pastu diikuti ngan brother ntah apa nama da aku pun lupa.1st time aku mancing situ aku x tau meal ikan situ aper..ha..so lepas aku sembang ngan brother tu..baru ler aku tau.Rupa2nya kalu nak mancing toman kat situ kena ler pakai umpan ayam.kekekeke...lawak ler jugak.
Yerla mana x nyer..umpan tiruan dah cuba,anak keli pun dah cuba,pendek kata macam2 la aku dah cuba.sume x nak makan.So hari ni 'confirm' dah pecah tembelang..ayam yang beli kat tesco or giant lebih mujarab.
Citernyer cam ni..sebelum tu bro ni penah mancing ngan aku.. masa tengah mancing tu aderla 2x sentapan toman kena kat joran dia.Aku yang dok sebelah ni bukan main excited lagi nak tgk.. mengalahkan tuan punyer joran.ppappppp....putus tangsi bro tu..maka kempunan ler kami sume nak nengok ikan tu.Hari berikutnya aku lak masuk geng bro tu..tapi nak buat cam ner rezeki x memihak kat aku.Ha!!!!sekali baling jer joran brother tu terus disentap si toman.Apa lagi huru hara kami dibuatnyer..(aku jer lebih2..)hehehehe...hari ni abg ni dah standby siap2 joran powernyer..so battle ngan toman tu x der la lama sangat pun.Tapi hasilnya leh tahan seekor toman seberat 6 kilo.x perlu susah2 just beli umpan bawak joran pastu parking keta..zZuuPP....baling jer.(coz location dia tepi jalan jer)
Alhamdulillah..lepas tengok hasilnya tu baru ler menambahkan keyakinan aku bahawa tasik ni memang toman saiz giant ader.Nak tau cam ner jom kita serbu tasik ni..dan yang paling penting pakai umpan ayam giant or tesco.Kalu korang nak casting aku rasa baik lupakan jer hasrat murni tu erk...
sekian
(gambar location nanti aku upload kan)
Langgan:
Catatan (Atom)